Pernah Mengalami Jerawat Parah, Lelaki Ini Kongsi Tips Penjagaan Rutin Hariannya Hingga Wajahnya Kembali Mulus

Jerawat merupakan masalah biasa semasa akil baligh. Bahkan jerawat masih ada walaupun usia sudah 20-an.

Carlos David merupakan salah seorang remaja yang mengalami jerawat yang teruk. Jerawat itu kekal sehingga bertahun-tahun di wajahnya.

Tapi kini, Carlos mendedahkan bahawa jerawatnya berjaya sembuh dalam masa beberapa bulan .

Dia tidak menggunakan rawatan yang mahal, sebaliknya menggunakan penjagaan kulit yang biasa dan  boleh dibeli dengan mudah di pasar raya.

Remaja 16 tahun ini memuat naik rawatan wajahnya ke media sosial untuk melihat seberapa besarnya produk rawatan wajah itu `berkhidmat’ kepadanya..

Carlos hanya mempunyai kira-kira 7,000 follower di Instagram, namun posting gambar sebelum dan selepas rawatan wajahnya, membolehkan dia mencapai 20 ribu likes.

Carlos memulakan  rawatannya pada Februari 2017. Pada bulan Oktober,  tahun yang sama, wajahnya sudah kembali mulus.

Carlos mengungkapkan bahwa rutin perawatan wajahnya terdiri dari 5 langkah.

Pertama, dia membasuh wajahnya dengan pembersih pH rendah.

Dia menggunakan Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser.

Selanjutnya, Carlos menggunakan toner bebas alkohol (Lumene Klasikko Refreshing Toner).

Carlos David

Selain itu, Carlos juga merasa wajib membersihkan wajahnya pada malam hari.

Dia menggunakan Mario Badescu Acne Facial Celaner.

Perawatan malam juga termasuk menggunakan toner Mario Badescu Glycolic Acid.

Toner tersebut membantu menghilangkan bekas jerawat kerana boleh membuang sel kulit mati.

Carlos David

Kemudian, Carlos menggunakan serum hyper-pigmentation sehari sekali.

Selain serum, dia juga menggunakan masker Mario Badescu Whitening Mask.

Carlos menjelaskan produk-produk itu mungkin tidak sesuai dengan semua orang.

Tapi bagi Carlos, produk itu sangat berkesan.

Carlos David

Langkah selanjutnya dengan penggunaan moisturizer.

Carlos menggunakan E.L.F Daily Hydration Moisturizer setiap pagi untuk menghidrasi kulit wajahnya.

Pada malam hari, Carlos menggunakan moisturizer yang berbeza, iaitu Advanced Clinicals Collagen Skin Rescue Lotion.

Terakhir, Carlos menjelaskan bahawa sunscreen adalah bahagian penting dalam rawatan wajahnya.

Dia menggunakan Neutrogena Clear Face Sunscreen Lotion.

Menurutnya, produk itu membantu mencegah kerosakan pada bekas luka serta mencegah jerawat akibat sinaran matahari.

Carlos David

Tapi, jerawat Carlos mampu hilang bukan kerana produk itu saja.

Dia turut bersenam dan menjaga makanan. Kerana pengalamannya ini, Carlos mendapat banyak pujian daripada netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!