Khalid Ibrahim Antara Koleksi Mangsa Fitnah Rafizi Ramli – Penganalisis

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam ekoran pelanggaran Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dengan mendedahkan akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC Corp) dengan bertujuan memburukkan nama CEO syarikat, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail.

Berselindung disebalik ‘tugasnya’ sebagai wakil rakyat memerangi rasuah, Rafizi memuatnaik bebenang kenyataannya di twitter bagi menjustifikasikan tindakan beliau memfitnah suami kepada Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil itu.

Perlu juga disedari bahawa fitnah Ahli Parlimen Pandan berhubung isu NFC Corp ini merupakan salah satu daripada beberapa siri fitnahnya terhadap ramai lagi pihak lain dari luar dan dalam partinya, PKR, sendiri.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya pernah menegaskan bahawa agenda menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor pada 2014 menerusi ‘Langkah Kajang’ diarkitekkan oleh Rafizi yang pada waktu itu merupakan Pengarah Strategik PKR.

“Dia dan orang kuatnya yang merancang kesemua itu secara rahsia, tidak satu pun diluluskan di mesyuarat parti. Malah Biro Politik juga tidak tahu langsung,” kata Latheefa.

Langkah Kajang merupakan agenda rahsia kompleks bagi menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor namun digantikan kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ekoran Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, Rafizi mengaturkan Langkah Kajang 2.0, dua tahun kemudian dalam usahanya untuk memburukkan nama Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor baharu.

Dakwa Rafizi, berlaku amalan rasuah dan bayaran dalam bentuk seks wanita dibawah pemerintahan Azmin selaku Menteri Besar yang turut terpalit ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Penganalisis politik, Abdul Rahmat Omar dalam pada itu menjelaskan, Rafizi juga menambah koleksi fitnahnya dengan mendakwa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin menggunakan wang subsidi minyak.

“Fitnah beliau tersebut terus dipercayai sehingga ke hari ini dan telah memberi kerosakan teruk kepada imej Datin Seri Rosmah,” katanya.

Fitnah lain Rafizi yang digariskan oleh Abdul Rahmat adalah, Lembaga Tabung Haji telah kehabisan wang kerana dirompak sehingga mengakibatkan 3,954 pendeposit menutup akaun tabung haji manakala 3,105 telah membatalkan pendaftaran untuk menunaikan ibadah haji.

Rafizi turut menuduh kos projek MRT sepanjang 21km bernilai RM21 bilion sedangkan nilai tersebut bagi laluan sepanjang 51km, serta memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima rasuah RM90 juta dari 1MDB.

“Inilah Rafizi yang masih diagung-agungkan oleh mereka yang tenggelam dalam kebencian yang tidak berasas.

“Kalau ada pun asas yang didakwa mereka, asas tersebut hanyalah berlandaskan pembohongan dan penipuan semata-mata tanpa usul periksa,” tegas Abdul Rahmat.

Berhubung isu NFC, beliau menegaskan bahawa ‘dana’ yang dicuri oleh syarikat seperti dakwaan Rafizi merupakan pinjaman yang masih perlu dibayar oleh NFC COrp sehingga ke hari ini.

Kata Abdul Rahmat, ianya merupakan pinjaman yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang ketika itu diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Rafizi suka menggembar-gemburkan cerita.  NFC membayar balik RM5 juta setahun termasuk faedah kepada kerajaan. Sehingga 2013, NFC telah membayar sebanyak RM34.98 juta.

“Pembayaran ini terpaksa dihentikan kerana akaun mereka telah dibekukan kerajaan semasa disiasat.”

Jelasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak menemui sebarang diatas dakwaan aktiviti jenayah pecah amanah oleh NFC Corp oleh Rafizi.

Laporan Jabatan Audit Negara pada tahun 2010 menyebut berlaku kelemahan dalam projek NFC Corp tetapi diperbesar-besarkan Rafizi dengan perkataan berlaku ‘kucar-kacir’ dan ‘penyelewengan’.

“Masalah yang timbul adalah apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak memenuhi syarat perjanjian mereka untuk menyediakan tempt-tempat penyembelihan berkualiti untuk eksport, serta jalan-jalan untuk ke tapak projek NFC tersebut.

“Ini telah menyebabkan kelewatan pada pihak NFC untuk menjalankan projek tersebut.  Malah, kelewatan yang disebabkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani inilah yang menjadi perkara kritikal dalam laporan Jabatan Audit Negara tersebut dan bukan terhadap syarikat NFCorp,” jelas Abdul Rahmat.

Tegas beliau lagi, Rafizi tidak memegang sebarang jawatan di parlimen dan fitnahnya terhadap isu NFC Corp memberinya populariti dan membolehkannya menang di parlimen Pandan pada 2013.

Baca penjelasan lengkap Abdul Rahmat di sini. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.