Siti Jejak Kaki Di Masjid Al Aqsa, Jenguk Keluarga Angkat

KUALA LUMPUR – Akhirnya penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, 38 dapat merealisasikan impiannya selepas sekian lama memendam hasrat menjejakkan kaki di Masjid Al-Aqsa di Palestin.

 

Niatnya itu bakal direalisasikan pada Rabu ini sambil ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa serta keluarga mentua, petik Utusan.

 

“Setelah beberapa kali mengunjungi Mekah dan Madinah, terdetik di hati untuk menziarahi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.
“Alhamdulillah, ia akan menjadi kenyataan apabila keluarga angkat saya di sini mengajak kami ke sana,” katanya sambil menafikan pemergiannya adalah untuk misi kemanusiaan.

 

Katanya, kunjungan ke negara tersebut merupakan percutian dan ziarah dan bukanlah untuk mengikuti aktiviti kemanusiaan seperti yang pernah dilakukan beberapa artis tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.