‘Saya Bukan Raja Pecah Panggung’ – Aamir Khan

Aktor Bollywood, Aamir Khan hanya merendah diri dengan hasil kejayaan filem terbaharunya, Dangal memecah panggung di seluruh dunia.

 

Times of India melaporkan, pelakon itu tidak pernah menyangka kejayaan filem itu apatah lagi filem yang berunsurkan romantis.

 

“Saya bukan raja pecah panggung, sebaliknya sekadar raja kepada Kiran Rao (isteri).

 

“Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka filem seperti Taare Zameen Par, 3 Idiots, Rang De Basanti atau Sarfarosh boleh meletup, apatah lagi filem yang tidak romantik seperti Dangal,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, beliau menafikan bersikap selektif dan hanya memilih untuk berlakon dalam mana-mana filem yang berpotensi untuk mengaut keuntungan.

 

“Sejak dahulu, saya memilih filem yang dapat menyentuh hati dan perasaan sebaik membaca skrip.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.