Perdana Menteri dan isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 7 Februari lepas diraikan dengan acara potong pulut kuning yang disediakan kerajaan negeri selaku tuan rumah acara berkenaan.

 

Program yang berlangsung di Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman di sini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan  Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

PTIWRBNM berlangsung selama lima hari sejak Rabu lepas menyaksikan 570 peserta berkampung di negeri ini untuk merebut kejuaraan dalam pelbagai pertandingan termasuk badminton dan boling.