Penyokong Pulau Pinang Merusuh Di Luar Stadium

BATU KAWAN – Penyokong fanatik Harimau Kumbang merusuh di luar Stadium Negeri Pulau Pinang (SNPP) sebaik sahaja perlawanan antara Pulau Pinang dan Sarawak tamat dengan pasukan pelawat menang 1-0.

 

Kekecohan berlaku selama 30 minit mengakibatkan berlaku lontaran objek ke dalam stadium.

 

Tindakan liar segelintir penyokong fanatik tuan rumah menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk bertindak meleraikan rusuhan tersebut.

 

Unit FRU terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan yang berlaku di luar stadium.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sebarang Prai Selatan (SPS), Shamsudin Mamat berkata keadaan terkawal dan penyokong fanatik berjaya dileraikan dengan aman.

 

Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan ke atas kumpulan penyokong berkenaan dan setakat ini tiada laporan kecederaan mahupun kerosakan harta benda diterima setakat ini. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.