PAS Tak Perlu Masa Sebulan, Muktamad Tidak Sertai Pakatan Harapan

KOTA BHARU- PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 

Mohd Amar, yang senada dengan keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan, berkata parti itu tidak memerlukan masa sebulan untuk menyertai pakatan itu sebagaimana yang disyaratkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.

 

“Kami sudah membuat keputusan tidak akan bersama-sama (parti pembangkang lain) dengan Pakatan Harapan dan ini bukan macam teka silangkata yang mempunyai tempoh tertentu,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.