PAS Akan Kaji Semula Hubungan Dengan PKR, Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Pas akan mengkaji semula sama ada perlu meneruskan atau tidak hubungan dengan PKR pada muktamar tahunan parti itu yang dijangka berlangsung April ini di Kedah.

 

Perkara itu disuarakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memandangkan PKR dilihat mempunyai hubungan dengan dua parti yang memusuhi Pas iaitu DAP dan PAN.

 

Abdul Hadi turut menzahirkan nada serupa terhadap hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meskipun Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan masa sebulan kepada Pas untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai pakatan pembangkang atau sebaliknya.

 

“Tidak perlu tunggu sebulan, memandangkan mereka (PPBM) juga sudah ada hubungan dengan DAP dan PAN,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.