Hampir Separuh Pemilih Awal Sudah Keluar Mengundi PRK Tanjong Datu

LUNDU – Sebanyak 37 peratus daripada 188 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada jam pertama pengundian hari ini.

 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata pihaknya berpuas hati dengan jumlah yang keluar mengundi setakat ini walaupun hujan lebat di Lundu sejak pagi tadi.

 

“Berdasarkan jumlah yang keluar pada jam pertama ini, kita yakin peratusan akan terus meningkat hingga pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas meninjau pusat pengundian awal Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu di sini, hari ini.

 

Sebelum itu beliau yang ditemani Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah meninjau pusat pengundian di Dewan Unit Lapang Sasar, Kem Sampadi yang menyaksikan seramai 87 anggota tentera mengundi.

 

Selain itu Mohd Hashim kagum dengan suasana aman kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

 

“Tidak ada poster berbentuk provokasi atau menyerang personaliti dilihat di seluruh kawasan ini.

 

“Yang kita nampak hanyalah poster yang menyeru ke arah pemeliharaan keharmonian, kekeluargaan dan kesepakatan,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.