Fasha Potong, Korban Rambut Demi Badang

KUALA LUMPUR- Aktres Fasha Sandha menolak untuk membotakkan kepala sewaktu menjayakan watak sebagai Tisha dalam filem Badang, bagaimanapun sanggup mengorbankan rambut panjangnya dipotong pendek.

 

Menurut Fasha, bagi menghormati sensitiviti, dia tidak membotakkan kepalanya, namun ia dipotong pendek demi memastikan watak yang dibawa benar-benar hidup, petik Utusan.

 

“Babak ini menunjukkan Tisha yang juga isteri kepada Badang telah dianiaya oleh abangnya Tai lakonan Fauzi Nawawi.

 

“Tisha telah didera dengan kejam oleh abangnya dengan memukul, merentap dan menggunting sebahagian besar rambutnya. Kekejaman itu terserlah apabila perlakuan itu ditonjolkan,” katanya.

 

Tambahnya, dia menafikan berasa menyesal mahupun terkilan apabila harus memotong rambut pendek seperti lelaki gara-gara mahu menjayakan watak.

 

“Sewaktu menerima tawaran untuk menjayakan filem ini lagi saya sedar akan pengorbanan besar yang harus dilakukan.

 

Sebagai pelakon saya perlu komited dengan apa yang harus dilalui watak dijayakan.

 

“Saya tidak kisah apabila terpaksa melakukan pengorbanan ini asalkan watak dijayakan nampak benar-benar hidup dan penonton yakin dengan lakonan diberikan apabila mereka menonton Badang di pawagam nanti,” katanya.

 

Filem yang diarahkan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan pengasas produk kecantikan Datuk Aliff Syukri, Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.