Dengki : Lelaki Penggal Kepala Rakan Sekerja, Kesayangan bos

KUALA SELANGOR – Disebabkan rasa iri hati dan dengki dengan rakan sekerjanya menjadi ‘anak emas’ bos, seorang lelaki Bangladesh bertindak memenggal leher kawannya sehingga putus.

 

Dalam kejadian di sebuah tapak projek pembinaan pangsapuri di Alam Jaya, Jeram di sini Khamis lalu, jam 4 petang itu, badan mangsa, Polaus Kumar, 29, ditemui tersangkut di atas besi perancah di tingkat 10, manakala kepalanya pula berada di atas lantai tingkat satu pangsapuri berkenaan, petik Kosmo.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa yang juga warga Bangladesh dipercayai ditetak dengan senjata tajam di tingkat 11.

 

Katanya, suspek kemudian cuba menolak mayat mangsa melalui tingkap tetapi tersangkut di perancah tingkat 10.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.