Batu Misteri Dasar Laut

TOKYO – Sekumpulan penyelam menemui satu bentukan batu besar misteri di dasar Laut Pasifik ketika memburu jerung di sini baru-baru ini.

 

Pelbagai teori digunakan untuk menjelaskan bagaimana batu besar yang disifatkan sebagai Atlantis Jepun itu boleh berada di situ.

 

Ada yang mendakwa, batu rata berkenaan terbentuk secara semula jadi atau buatan manusia atau diletakkan di situ oleh makhluk asing.

 

Campuran batu pasir dan batu lumpur membentuk Monumen Yonaguni misteri berukuran 150 meter panjang dan 40 meter lebar selain mempunyai ketinggian kira-kira 27 meter.

 

Ahli geologi Universiti Boston, Robert Schoch yang merupakan salah seorang penyelidik bersetuju batuan itu mungkin terbentuk secara semula jadi sebelum diubah suai oleh manusia.

 

Menurutnya, lapisan monumen itu jelas dan berkemungkinan terbentuk kerana terletak di rantau yang sering dilanda gempa bumi. – Agensi/Kosmo

One thought on “Batu Misteri Dasar Laut

  • February 14, 2017 at 2:25 pm
    Permalink

    Baru-baru ini? Penulis ni guna Internet Explorer 4 ke apa. Yonaguni Monument ditemui tahun 80’an dulu. Please do your research

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.