Pocong Diletak Di Kawasan Sampah Kubur, Jadi Viral

Seorang pemuda hampir kemalangan gara-gara ternampak lembaga putih seakan-akan pocong yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah berdekatan Kubur Cina Duyong, Melaka dalam kejadian awal pagi semalam.

 

Norzaimy Zakariah, 32, yang menetap di Taman Desa Duyong berkata, dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Viva berseorangan dalam perjalanan menghala ke Bukit Duyong dan terserempak dengan lembaga putih yang diletakkan di sebatang pokok kawasan itu.

 

Disebabkan terkejut, katanya, dia nyaris kemalangan apabila hampir merempuh tong sampah yang berada di tepi jalan, sebelum dia keluar dari kereta dan melihat lebih dekat lembaga terbabit.

 

“Saya betul-betul terkejut sebab jalan ini memang selalu saya lalu. Tapi malam tadi (semalam) tiba-tiba ternampak benda putih.

 

“Mula-mula saya ternampak kain putih yang tergantung di pokok sebelum terlihat objek putih di sebatang pokok lain.

 

“Saya keluar kereta sebab nak pastikan betul atau tidak, tapi bila lihat secara dekat rupanya seperti lembaga yang realiti sebelum bergegas memberitahu rakan,” katanya, memetik laporan Sinar.

 

Difahamkan petang sebelum kejadian, objek seperti hantu Cina turut diletakkan di situ.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.