Peguam Negara Gugur Tuduhan Menghasut Terhadap Azmi Sharom

KUALA LUMPUR – Pejabat Peguam Negara menarik balik tuduhan menghasut terhadap Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom, dua tahun lalu.

 

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata pihaknya bertanggungjawab untuk melaksanakan pendakwaan secara adil dan saksama.

 

Katanya, mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara Malaysia selaku Pendakwa Raya mempunyai budi bicara untuk memberhentikan pendakwaan terhadap Azmi, yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

 

“Dalam menjalankan fungsi ini mengikut undang-undang, amalan mengkaji semula kes-kes jenayah sudah yang dipertuduhkan di Mahkamah akan diteruskan.

 

“Tindakan untuk memberhentikan pendakwaan mengikut Akta Hasutan 1948 pernah dilakukan dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Azmi yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini, jam 12.30 tengah hari, pada 15 Ogos 2014. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.