Neelofa Terkejut Dihadiahkan Kek Bertatah Kristal Berharga RM6,000

KUALA LUMPUR — Jutawan tudung dan pelakon terkenal Neelofa menerima kejutan sempena ulang tahun kelahirannya ke-27 dengan sebiji kek berharga RM6,000.

 

Kek mentega berperisa krim ‘salted caramel’ itu bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski dan dihiasi bunga ditempah rakannya semasa sambutan di sebuah hotel terkemuka pada 10 Februari lalu.

 

Neelofa memuat naik gambar kek itu di akaun Instagram miliknya dengan hashtag #kenyang.

 

Pembuat kek Butterflykek Putri Samihah Mohsin berkata beliau mengambil masa 20 jam untuk menyiapkan kek tersebut dengan melekatkan satu persatu batu kristal.

 

“Kek tersebut ditempah oleh seorang rakan Neelofa. Ini kali pertama saya buat kek penuh kristal Swarovski dan termahal pernah dijual.

 

“Saya memang tahu kek tersebut untuk Neelofa dan bersyukur kerana menerima respons yang baik daripadanya dan orang ramai,” katanya dipetik laporan akhbar Kosmo! hari ini.

 

Anggota-anggota keluarganya turut menyambut majlis ulang tahun kelahiran Neelofa, termasuk kakaknya yang juga pengarah urusan Naelofar Hijab, Noor Nabila. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.