KPM Kekalkan Novel Pantai Kasih

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan meneruskan penggunaan novel yang dilabel sebagai lucah, Pantai Kasih karya Azmah Nordin dalam pengajaran dan pembelajaran murid tingkatan empat.

 

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Seri Khairil Awang, keputusan itu dibuat disebabkan isi kandungannya menerapkan realiti kehidupan bagi mendidik pelajar.

 

“Ahli mesyuarat KPM sebulat suara memutuskan novel ini akan terus digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid tingkatan empat bagi zon tiga yang melibatkan Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

 

“Novel ini mempunyai elemen dari aspek keindahan bahasa, kosa kata dan tatabahasanya selain merangsang murid untuk berfikir secara matang dan rasional,” katanya pada sidang media di Kementerian itu, hari ini.

 

Menurut Khairil, novel tersebut sarat dengan isu kemanusian serta dapat menangani pelbagai permasalahan kesan baik dan buruk.

 

Tambahnya, elemen tersbut dapat mendorong pelajar dalam proses mencapah pemikiran dimana mereka tidak lagi dikongkong oleh pengetahuan atau pengalaman sedia ada, tetapi dapat berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.