Kaki Tersangkut Dalam Lubang Tandas

AMPANG – Seorang remaja yang tergesa-gesa masuk ke bilik air untuk melepaskan hajat tergendala gara-gara kaki sebelah kirinya termasuk ke dalam lubang tandas rumahnya di Jalan 9C, Lembah Jaya Selatan di sini, semalam.

 

Komander Operasi Bertugas dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, PBKII Shahrin Ab Rani berkata, kaki remaja tersebut berjaya dikeluarkan dengan memecahkan mangkuk tandas.

 

“Selepas menerima panggilan jam 11.42 pagi, kami bergegas ke alamat itu.

 

“Pihak bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan kaki remaja berkenaan.

 

“Kaki remaja tersebut gagal dikeluarkan walaupun pelbagai usaha dibuat keluarga remaja,” katanya.

 

Menurut Shahrin, mangkuk tandas tersebut perlu dipecahkan bagi memberi ruang udara ke kawasan yang tiada udara (vacuum) antara ruang atas dan dalam lubang tandas supaya kaki boleh dikeluarkan tanpa kecederaan.

 

“Kaki remaja berkenaan berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.