Anak Menteri Sokong Tun M Hentam Najib

KUALA LUMPUR – Wakil Pemuda Umno, Syed Rosli Jamalullail, memuat naik status di laman Facebooknya mengenai tindakan keterlaluan yang ditunjukkan oleh anak kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Menerusi statusnya, Syed Rosli menulis, anak kepada Datuk Seri Shahidan Kassim telah menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas menteri itu dan keluarganya yang disifatkan sebagai ‘Kuat main wayang’.

 

“Ini adalah anak Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Melalui posting-postingnya di wall dia menyokong PM Najib dihentam Tun Mahathir. Menurutnya dia setuju PM Najib iaitu majikan kepada bapak dia di hentam,”tulisnya.

 

Syed Rosli berkata, sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan tidak sewajarnya membiarkan anaknya bertindak sedemikian.

 

Malah, Syed Rosli turut menyifatkan jika kegagalan Shahidan mendidik anak bererti beliau juga tidak mampu untuk meyakinkan pengundi supaya menyokong parti itu.

 

“Bagaimana Shahidan Kassim pun gagal mendidik anak inikan nak harapkan beliau yakinkan pengundi untuk Umno BN. Keluarga Shahidan pun kuat main wayang sokong PM. Ameer Affif oh Ameer Affif. Shahidan Kassim gagal. Berhati-hatilah PM masih ramai menjadi musuh dalam selimut,”akhirinya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.