Willian Bantu Chelsea Menang Saat-Saat Akhir

London – Gol tunggal pemain tengah Brazil, Willian minit ke-89 membantu Chelsea menewaskan Everton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, lapor AFP.

 

Kemenangan ini mengekalkan Chelsea mendahului selesa dengan tujuh mata atasi Manchester City di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

 

Manchester City yang catat kemenangan 4-1 terhadap Stoke City, kelihatan bersedia untuk mengurangkan mata dengan pendahulu Liga, Chelsea kepada lima mata, namun jaringan Willian pada saat-saat akhir permainan bantu Chelsea kutip tiga mata penuh.

 

“Adalah sangat baik catat kemenangan dalam saat-saat akhir, dan juga sedih jika kalah,” kata pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

 

“Kami sangat, sangat gembira dan kita rasa kita patut peroleh kemenangan hari ini. Kami berjuang keras untuk mencuba dan memenangi permainan.” Kata Mourinho.

 

Pemain baharu Chelsea, Juan Cuadrado diberikan peluang bermain 90 minit penuh namun tanpa kehadiran Diego Costa,Chelsea dicabar kuat Everton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.