Video: Terpaksa Diusung Keluar Kerana Enggan Tinggalkan Hospital

Seorang lelaki terpaksa diusir keluar dari hospital dengan bantuan polis selepas dia enggan meninggalkan hospital terbabit sejak tiga tahun lalu, meskipun sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

 

Hanya dikenali dengan nama Chen, lelaki itu terpaksa diusung keluar oleh polis.

 

Malah bagi mengelakkannya daripada diusir, Chen turut merantai dirinya pada katil hospital, namun taktik berkenaan gagal.

 

Tindakan berkenaan diambil oleh hospital selepas mendapat arahan mahkamah setelah beberapa usaha meminta Chen beredar dari hospital gagal.

 

pesakit2

 

 

Kali pertama Chen dimasukkan ke Hospital Kumpulan Beijing Jingmei ialah pada Ogos 2011 akibat kecederaan kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia kemudiannya balik ke rumah.

 

Dua bulan kemudian, Chen datang semula ke hospital dan mengadu sakit di bahagian kaki kiri. Dia dimasukkan ke dalam wad selama tiga bulan. Namun sejak itu Chen menggunakan pelbagai helah untuk mengelak daripada diusir.

 

Hospital juga telah berhenti memberikan rawatan kepadanya sejak Julai 2012 kerana dia gagal menjelaskan bil perubatan.

 

Pemeriksaan juga dijalankan doktor dan mendapati Chen cukup sihat serta tidak mempunyai sebarang penyakit.

 

Bagaimanapun Chen mendakwa ia adalah tanggungjawab hospital untuk menjaganya. Malah sepanjang tiga tahun berada di hospital itu, Chen turut terlepas majlis perkahwinan anaknya. – MYNEWSHUB.CC

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.