Video: Lelaki Cina Dipukul, Kerana Salah Cakap

Kuala Lumpur – Hanya kerana ‘tersalah cakap’ seorang lelaki berketurunan Cina dibelasah oleh pengunjung sebuah kelab malam dalam satu kejadian di ibukota malam semalam.

 

Melalui rakaman video yang dimuat naikkan oleh laman Facebook ‘Friends of BN’, selain dipukul lelaki tersebut turut dilemparkan dengan pelbagai kata-kata kesat kerana didakwa mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

 

 

“Seorang lelaki yang dipukul secara beramai-ramai dalam sebuah kelab malam di Kuala Lumpur semalam, dikatakan kerana ‘tersalah cakap’ dan ada sumber lain mengatakan berkaitan duit” ujar pengendali laman media sosial itu.
Mereka turut mengesa pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut sambil menyifat perbuatan seperti samseng itu tidak boleh dibiarkan berleluasa di negara ini.

 

Di dalam rakaman berdurasi 3:00 minit itu, lelaki tersebut cuba merayu agar mereka tidak memukulnya, namua ia tidak diendahkan.

 

Tinjauan SuaraTV mendapti sehingga kini masih belum ada sebarang pihak yang mengaku bertangungjawab terhadap kejadian tersebut.

One thought on “Video: Lelaki Cina Dipukul, Kerana Salah Cakap

  • February 12, 2015 at 3:03 pm
    Permalink

    bodah sangat yanng pukul org tu .. bapa x ajr ke

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.