TransAsia Tawar Pampasan RM1.7 Bilion

Taipei (Taiwan) – Syarikat penerbangan Taiwan, TransAsia, semalam menawarkan wang pampasan berjumlah AS$473,000 (RM1.7 bilion) kepada waris keluarga 40 penumpang yang terkorban dalam nahas melibatkan pesawat GE235 pada 4 Februari lalu.

 

Bayaran ganti rugi tersebut turut meliputi dana bantuan kecemasan berjumlah AS$6,300 (RM23,000) dan elaun upacara pengebumian bernilai AS$38,000 (RM137,500).

 

Bagaimanapun, tidak semua waris menerima tawaran tersebut.

 

Difahamkan, jumlah pampasan itu adalah sama dengan yang diberikan kepada waris keluarga 48 mangsa penumpang pesawat TransAsia 222 yang terhempas di Pulau Penghu pada Julai lalu.

 

Pengumuman itu dibuat susulan daripada laporan ujian kecekapan ke atas 71 juruterbang syarikat penerbangan tersebut berhubung cara mereka mengendalikan masalah kerosakan enjin dan situasi cemas yang dikeluarkan Pentadbiran Aeronautik Awam.

 

Data awal perakam penerbangan menunjukkan salah satu enjin pesawat terbabit hilang kuasa sejurus ia berlepas dari Lapangan Terbang Songshan.

 

Kru pesawat tersebut kemudiannya menutup satu lagi enjin yang masih berfungsi dan cuba menghidupkannya semula sebelum ia terjunam ke dalam sungai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.