Tarif Elektrik Turun: Komuniti Perniagaan Wajar Turunkan Harga Barang Dan Servis

KUALA LUMPUR: Keputusan Kabinet untuk menurunkan tarif elektrik semalam disambut baik oleh organisasi bukan kerajaan dan persatuan pengguna di negara ini.

 

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (AWER) S. Piarapakaran berkata langkah ini berlaku kerana pengurangan harga petrol, baru-baru ini.

 

Walau bagaimanapun, beliau berharap langkah pengurangan harga akan turut diikuti komuniti perniagaan.

 

“Sebelum ini, kumpulan perniagaan sering berkata mereka tidak boleh menurunkan harga barangan dan perkhidmatan kerana nilai mata wang ringgit sedang menurun.

 

“Ada juga yang mengatakan mereka akan menutup kedai jika mereka tidak meyalurkan kos tambahan kepada produk dan perkhidmatan mereka dan segelintir daripada mereka berkata merteka akan ‘mati’ disebabkan oleh harga yang mendadak.

 

“Mereka memberi alasan yang berterusan. Sekarang kita hanya boleh tunggu dan lihat sama ada mereka beretika atau tidak untuk mengurangkan harga perkhidmatan dan servis,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

 

Turut bersetuju dengan pendapat AWER adalah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).

 

“Penurunan ini adalah kerana penurunan harga bahan api. Kita sambut baik perkara ini tetapi ia harus menjadi contoh kepada penyelia perkhidmatan dan barangan yang lain. Kita minta mereka kaji semula harga barangan dan servis,” katanya.

 

Pada Rabu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata pengguna domestik bakal menikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 dalam bil bulanan dengan penjimatan Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT).

 

Beliau berkata perkata itu diputuskan Kabinet hari ini, dengan penurunan tarif elektrik pada kadar ICPT 2.25 sen/kwj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Mac hingga 30 Jun, 2015.- Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.