Petisyen Rakyat Malaysia Tolak Campurtangan Amerika Syarikat

Sebelum ini penyokong Anwar Ibrahim telah membuat petisyen di laman web White House mendesak Amerika Syarikat (AS) campurtangan membebaskan Ketua Umum PKR itu yang sehingga kini sudah mendapat lebih 35,000 tandatangan sokongan dari penyokong Anwar.

 

Petisyen tersebut mula dilancarkan sebaik sahaja selesai Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

 

“White House mengeluarkan kenyataan, kesal dan kekecewaan yang mendalam dengan hukuman ke atas Anwar. Tapi kenyataan sahaja tidak cukup. Kata-kata itu perlu disertakan dengan tindakan. Anwar adalah tahanan politik. Masa depan demokrasi di Malaysia sedang dipertaruhkan.

 

Membebaskan Anwar dari penjara mesti menjadi keutamaan dalam dasar AS terhadap Malaysia,” demikian antara petikan petisyen tersebut.

 

Sejak beberapa jam lepas pula giliran rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan negara turut membuat petisyen di laman yang sama meminta Amerika Syarikat jangan terlibat dalam urusan dalaman Malaysia.

 

“Kami rakyat Malaysia terkejut dengan kenyataan White House yang melahirkan kekesalan atas sabitan ke atas Anwar dan mempersoalkan kedaulatan undang-undang serta keadilan sistem kehakiman di Malaysia.

 

“AS perlu melihat kepada isu-isu hak asasi manusia mereka sendiri dan berhenti menyeksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat cinta akan keamanan menggesa AS berhenti campur tangan dalam badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia.”

 

Setakat ini petisyen itu telah mendapat sokongan lebih 2,500 tandatangan sokongan dari kalangan rakyat Malaysia yang membantah sebarang campurtangan oleh pihak asing dalam urusan negara ini.

 

Untuk rekod laman petisyen White House itu sebenarnya diwujudkan bagi memudahkan rakyat AS menyalurkan sebarang isu yang memerlukan perhatian pentadbiran White House.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.