Penyokong Anwar Pasang Lilin Depan Penjara Sungai Buloh

Sunagi Buloh – Perhimpunan nyalaan lilin yang dirancang sebagai tanda solidariti kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung malam ini dengan penyokong-penyokongnya berhimpun di hadapan pintu penjara Sungai Buloh.

 

Namun demikian, perhimpunan yang sepatutnya bermula pada pukul 8 malam, hanya dimulakan pada pukul 9 malam apabila hanya lebih kurang dari 50 orang menyalakan lilin.

 

Kumpulan itu mula bertambah ramai pada pukul 10 malam apabila hampir seribu penyokong Anwar berkumpul dan melaungkan ‘Reformasi’ sambil menyalakan lilin sebagai tanda simbolik.

 

Turut berkumpul adalah beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Tian Chua, Rafizi Ramli, Abdullah Sani, William Yeong dan Nik Nazmi, yang juga menyalakan lilin dan menyampaikan ucapan.

 

Di dalam ucapannya, Tian Chua mendakwa setiap saat Anwar berada di dalam penjara, setiap saat itulah tanda tiada demokrasi di dalam negara ini.

 

Rafizi pula menyeru semua yang hadir untuk berkumpul di perkarangan Penjara Sungai Buloh setiap hari untuk memberi suntikan semangat untuk Anwar.

 

Sementara itu, pihak polis telah mengenakan kawalan ketat di sekitar kawasan tersebut termasuk meletakkan pagar dawai berduri di pintu hadapan Penjara Sungai Buloh.

 

Sebuah helikopter turut dilihat berlegar di kawasan himpunan itu manakala pasukan polis penjara kelihatan bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan.

 

Kumpulan itu bersurai pada pukul 11.30 malam.

 

Selasa lalu Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

 

lilin untuk anwar 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.