Pengulas Sukan Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Pengulas sukan, Datuk Hasbullah Awang 63, telah meninggal dunia pada jam 12.20 tengah hari selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

 

Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN sejak minggu lalu akibat komplikasi jantung.

 

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Naga, Shah Alam dan bakal disemadikan selepas solat Asar.

 

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui akaun twitter turut melahirkan rasa dukacitanya.

 

“Sedih mendapat berita pemergian ‘the voice of Malaysian sports’ Datuk Hasbullah Awang sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

 

Generasi (negara ini) akan sentiasa mengingati suara Datuk Hasbullah Awang (ketika menyampaikan ulasan sukan). Kenangan kejayaan & kegagalan sukan di Malaysia (sering) berkait rapat dengan ulasan yang disampaikan” ujarnya.

 

Allahyarham Hasbullah merupakan seorang pengulas sukan yang termasyhur di negara ini dan berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

 

Populariti beliau mula memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia awal 1990-an dan kini ulasan beliau masih lagi digemari ramai peminat sukan tanah air.

 

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 serta pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

 

Allahyarham turut dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara.

 

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an dan pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

 

BERITA LAIN MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.