Pasar Tani Menjadi Medan Menurunkan Harga Barang

LIMBANG: Pasar tani menjadi medan menurunkan harga barang sekali gus membantu rakyat yang masih dibebani harga tinggi walaupun penurunan harga minyak dunia turun.

 

Pemangku Pengarah Kanan Regulatori, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Malaysia, Sobri Abdul Hamid menegaskan, golongan petani dan pengguna perlu sama-sama menjayakan kempen penurunan harga barangan di pasar tani untuk membantu usaha kerajaan mengurangkan harga barang selaras penurunan harga minyak dunia.

 

“Lebih 500 pasar tani di negara ini termasuk kurang 20 pasar tani di Sarawak  sedang melakukan pengurangan harga.  Kita akan melihat semua program dan aktiviti akan diselaras untuk  semua pasar tani di seluruh negara termasuk peringkat pengeluar,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Seminar Kesedaran,Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) dan Aspek Penguat-kuasaan, anjuran FAMA di sini semalam.

 

Lebih 50 peniaga dan agensi kerajaan menyertai seminar GPL yang diadakan bertujuan menyedarkan peniaga  mengenai kepentingan GPL, peningkatan pengurusan nilai tambah dan memastikan hasil jualan dapat dipasarkan  selain memenuhi cita rasa pengguna.

 

Turut hadir ialah Penolong Pengarah FAMA Negeri Ah-mad Morshidi dan Pegawai FAMA Limbang Hasan Bakri. – Sarawakiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.