Ijam Terra Rossa Didenda RM7,000 Ambil Syabu

AMPANG: Vokalis baharu kumpulan rock, Terra Rossa, Khairul Hizam Kaha, dihukum denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan memiliki dan mengambil syabu, tahun lalu.

 

Majistret Zulyana Zulkapli menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairul, 40, atau lebih dikenali sebagai Ijam, selepas tertuduh mengaku salah terhadap ketiga-tiga pertuduhan.

 

Mahkamah turut memerintahkan Khairul menjalani tambahan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda. – Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.