Ekonomi Negara Berkembang 5.8 Peratus

Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus bagi suku keempat 2014, berbanding 5.6 peratus pada suku sebelumnya.

 

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2014 meningkat 6 peratus berbanding sasaran awal 5.5 peratus.

 

Menurutnya, prestasi memberangsangkan itu didorong oleh peningkatan penggunaan domestik terutama dari sektor pembuatan, perkhidmatan dan perlombongan.

 

Sektor perkhidmatan meningkat 6.4 peratus dengan sumbangan utama daripada sub sektor perdagangan borong dan runcit yang berkembang 9.3 peratus.

 

Manakala, sektor pembuatan meningkat 5.2 peratus dengan dipacu produk elektrik dan elektronik.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.