Dua Jaringan Smalling Bantu Kemenangan United

Manchester – Pemain pertahanan, Chris Smalling menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, lapor AFP.

 

Kemenangan ini sekaligus melonjak United ke kedudukan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris.

 

Smalling yang dimasukkan menggantikan Phil Jones yang cedera pada minit ke-5, berjaya menanduk masuk gol hanya selepas 22 saat di atas padang.

 

Namun, pemain Burnley, Danny Ings menyamakan kedudukan pada minit ke-12 dan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat masa pertama.

 

Sebaik permainan babak kedua bermula, Smalling sekali lagi menanduk masuk mudah menjadikan kedudukan 2-1.

 

Robin van Persie kemudian menyempurnakan penalti pada minit ke-82 untuk memastikan United merebut tiga mata penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.