Caliph Buskers Sudah Mula ‘Demand’?

Petaling Jaya – Kumpulan penghibur jalanan atau buskers yang dikenali sebagai Caliph Buskers tidak putus-putus menerima jemputan untuk melakukan persembahan, sejak mencetuskan fenomena penampilan perdana mereka pada Anugerah Juara Lagu (AJL29) lalu.

 

Bagaimanapun, lumrah berada dalam lapangan seni, Caliph Buskers yang dianggotai oleh enam Orang Kelainan Upaya (OKU) ini iaitu Khairul Azmi Saad, Mohd. Zaki Ismail, Nirwan Zainal Abidin, Nor Nadira Rubina, Syahzmeen Abdul Rahman dan Fendy Abdullah kini sudah mula terpercik dengan sensasi dunia hiburan.

 

Mereka didakwa telah mengenakan bayaran yang tinggi untuk melakukan persembahan dan bersikap demand. Berbanding sebelum terkenal, bayaran yang dikenakan kumpulan ini dikatakan terlalu mahal. Tidak cukup dengan itu, kumpulan ini juga dikatakan sudah mula memilih untuk mengadakan persembahan di tempat-tempat terpilih sahaja.

 

“Saya sangat terkejut dengan kenyataan yang mengatakan kami demand. Ya, saya mengakui memang kami meletakkan bayaran sedikit tinggi berbanding sebelum ini”, kata salah seorang anggotanya, Zaki.

 

Namun begitu tegasnya, keputusan mereka untuk menaikkan harga tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuklah syarikat rakaman, KRU Music.

 

“Jika mereka mempengaruhi kami dan kami sememangnya artis di bawah naungan mereka, sudah tentu mereka mengenakan bayaran yang lebih tinggi, barangkali sekitar RM8,000 bagi satu persembahan.

 

“Saya tegaskan di sini, mereka (KRU) tidak langsung berpengaruh dalam isu pembayaran. Hal ini kerana, kami lebih gemar untuk menguruskan sendiri urusan pembayaran tersebut”, katanya.

 

Tambah Zaki, jika dahulu mereka mengenakan bayaran sekitar RM1,000 untuk melakukan persembahan di rumah kenduri kahwin, namun kini bayaran dikenakan sekitar RM2,000 untuk melakukan persembahan.

 

Bayaran tersebut sudah diambil kira dari segala aspek termasuk caj pengangkutan, peralatan dan sebagainya. Lagipun, mereka perlu menjaga taraf mereka sebagai penghibur profesional dan hal ini sudah dinasihati oleh beberapa pihak yang sudah lama berada di dalam lapangan seni.

 

“Pihak yang mengundang kami perlu fikir mengenai kos pengangkutan dan peralatan yang kami gunakan semasa melakukan persembahan. Jika sebelum ini kami hanya menggunakan teksi untuk bergerak melakukan persembahan, namun kini kami terpaksa menyewa van untuk mengangkut peralatan kami dan semua yang terlibat.

 

Sudah tentu kami hendak melakukan persembahan yang baik memandangkan kami kini sudah dikenali secara komersial. Jadi, semua kos itu diambil kira dalam memastikan mutu persembahan kami”, katanya. – mD

One thought on “Caliph Buskers Sudah Mula ‘Demand’?

  • February 13, 2015 at 5:26 pm
    Permalink

    Maaf nak komen…bukan 2 ribu lagi
    yg diminta.minggu lepas kol nak kan group caliph utk persembahan dimajlis perkahwinan..harga nya 3800.00

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.