AS Tiada Hak Persoal Hukuman Terhadap Anwar – Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai hak untuk mengkritik mahupun mempersoalkan institusi undang-undang negara berhubung hukuman yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Malah menurut beliau, AS juga bertindak memenjarakan rakyatnya tanpa melibatkan sebarang perbicaraan.

 

“Maka mereka tidak hak untuk mengkritik, mereka sepatutnya mengkritik diri sendiri terlebih dahulu.

 

“Anwar adalah calon mereka untuk pertukaran kerajaan di Malaysia, sebab itu mereka tidak puas hati,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri forum bertajuk ‘Dilema Rakyat Malaysia’ di Bangsar South City di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.