Anwar Dilayan Sama Seperti Banduan Lain

PUTRAJAYA 12 Feb. – Jabatan Penjara tidak menyediakan kemudahan istimewa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar akan menjalani hukuman dan kehidupan yang sama seperti banduan lain di penjara tersebut.

 

“Sebelum ini ada kebimbangan daripada pelbagai pihak bahawa beliau akan diberi layanan istimewa dan luar biasa di penjara. Jabatan Penjara telah menjelaskan bahawa beliau akan diberi layanan sama dengan banduan lain seperti yang telah diperintahkan oleh undang-undang, “ katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.