3,000 Penguatkuasa Terbabit Ops Bersepadu Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 anggota dan pegawai penguatkuasa dikerahkan dalam Ops Bersepadu Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya selama 15 hari sempena Tahun Baharu Cina bermula hari ini.

 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata operasi itu akan memberi perhatian utama dan tegas dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian berbanding tahun sebelumnya.

 

Operasi itu akan membabitkan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

 

“Antara operasi yang dilakukan adalah menempatkan anggota di lokasi statik di setiap 30 kilometer jalan utama negeri di seluruh negara secara 24 jam, 16 jam dan lapan jam.

 

“Selain itu, operasi ini turut membabitkan pemeriksaan rawak, penyamaran, penguatkuasaan motosikal, mengawal aktiviti ulat tiket, pemasangan lampu mata arah dan nasihat keselamatan jalan raya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena majlis pelancaran kempen keselamatan jalan raya peringkat kebangsaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini sebentar tadi. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.