Tempat Pelupusan Sampah Terbakar; 2 Sekolah Ditutup Susulan Asap Tebal

ARAU: Dua sekolah sekitar daerah ini ditutup susulan asap tebal akibat kebakaran berlaku di tapak pelupusan sampah di Padang Siding, dekat sini.

Dua sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Padang Siding dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min yang terletak berdekatan tapak pelupusan itu, selepas asap tebal akibat kebakaran merebak di kawasan sekitar dan dikhuatiri membahayakan kesihatan penduduk setempat termasuk pelajar sekolah.

Difahamkan, sebahagian tapak pelupusan berkenaan terbakar sejak petang semalam sehingga menyebabkan api marak setinggi kira-kira tiga meter.

Tinjauan mendapati, pasukan bomba dan penyelamat yang mengawal kebakaran sejak lewat petang semalam kini berusaha mengurangkan kesan asap kebakaran di tempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.