Mahkamah Bebaskan Lelaki Warga Pakistan Atas Tuduhan Sebabkan Kematian Remaja

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi membebaskan seorang warga Pakistan yang dituduh menyebabkan kematian seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Kota Marudu, dua tahun lalu.

Hakim Ishak Bakri, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadap tertuduh. Tertuduh, Amir Ali Khan Nawatay sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun, denda atau kedua-duanya atas dakwaan menyebabkan kematian Norikoh Saliwa pada 25 November 2012.

Ishak bagaimanapun memerintahkan Amir dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memberitahu mahkamah pasport Amir tamat tempoh sepanjang ditahan reman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.