Tengku Abdullah Naik Takhta Sultan Pahang

PEKAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah.

Pengumuman berhubung pelantikan berkenaan dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis khas di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah naik takhta sebagai Sultan Pahang yang baharu dan akan dimasyhurkan pada 15 Januari 2019. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!