Suasana Kecoh Selepas Penamaan Calon Tamat

CAMERON HIGHLANDS – Suasana selepas proses penamaan calon PRK Cameron Highlands kecoh apabila penyokong-penyokong PH dan BN ‘perang mulut’.

Situasi itu berlaku berhampiran SMK Sultan Ahmad Shah di mana penyokong-penyokong dua parti tidak berganjak dan saling melakukan provokasi lebih 15 minit.

Selain melemparkan kata-kata kasar seperti ‘barua’, ‘penipu’ dan ‘rasuah’, ada penyokong yang didapati menunjukkan isyarat lucah.

Bagaimanapun, tiada sebarang pergaduhan fizikal berlaku kerana kedua-dua pihak dipisahkan oleh Sungai Bertam.

Kekecohan akhirnya disuraikan oleh pegawai polis sebelum semua penyokong beredar.

Terdahulu, proses penamaan calon berlangsung di dewan SMK Sultan Ahmad Shah yang menyaksikan empat calon bertanding.

BN mencalonkan Ramli Mohd Nor yang merupakan bekas pegawai kanan polis.

PH pula mempertaruhkan M Manogaran yang pernah tewas dua kali itu dalam PRU14 dan PRU13 lalu.

Manakala, dua calon Bebas membuat kejutan turut bertanding iaitu Wong Seng Yee dan Salehuddin Ab Talib. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.