Pengumuman Dari Istana Pekan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Selepas Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang bermesyuarat selama kira-kira tiga setengah jam di Kuala Lumpur, tidak ada sebarang maklumat didedahkan kepada media berhubung keputusan semalam.

Bagaimanapun pihak istana Pahang dijangka akan membuat pengumuman mengenainya di Istana Abu Bakar di Pekan hari ini. 

Hal itu dinyatakan setiausaha kerajaan negeri yang baru dilantik, Sallehuddin Ishak, selepas pertemuan sebuah hotel di Kuala Lumpur berakhir kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai butiran mesyuarat tersebut – yang dipengerusikan pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah – Sallehuddin hanya menjawab ringkas.

“Akan ada pengumuman di Istana Abu Bakar, Pekan jam 3 petang esok,” katanya dipetik sebagai berkata. 

Sallehuddin juga enggan mengulas mengenai perkara yang akan diumumkan itu, termasuk kemungkinan ia berkaitan dengan mesyuarat hari ini.

Tengku Abdullah juga enggan memberi komen mengenai pertemuan tersebut.

“Terima kasih semua, tak ada komen,” katanya.

Terdahulu dilaporkam Jumaah Pangkuan Diraja Pahang bersidang dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi pengerusinya.

Pertemuan berlangsung di Jalan Conlay Kuala Lumpur itu menarik perhatian selepas Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod Tengku Abdullah ketika ini ialah pemangku Sultan Pahang ekoran keadaan kesihatan Sultan Ahmad Shah yang tidak mengizinkan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.