Calon BN Ramli Adalah Sempurna, Kata Tok Mat

CAMERON HIGHLANDS – BN menyifatkan calon pilihan parti itu, Ramli Mohd Nor sebagai sempurna malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan parti-parti komponen.

Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata MIC berjiwa besar menyerahkan kerusi itu meskipun secara tradisinya ia milik MIC.

“Beliau calon yang sempurna dan senang untuk kita kenalkan kepada orang malah beliau anak tempatan. Beliau calon yang tidak ada apa-apa masalah dalam kalangan parti komponen BN walaupun tradisinya kerusi ini dimiliki MIC.

“Tapi Presidennya berjiwa besar. PRK ini macam PRUbdi mana calon itu penting apatah lagi dalam keadaan BN sekarang ini baru sahaja lepas tewas dalam pilihan raya umum maka calon dipilih itu perlu yang paling berwibawa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas proses penamaan calon PRK Cameron Highlands selesai, hari ini.

Menurutnya, BN mengambik keputusan meletakkan calon dari suku kaum Orang Asli buat pertama kalinya untuk kerusi Parlimen.

“Insya-ALLAH menang (nanti) merupakan anak Orang Asli pertama dalam negara gang menjadi Ahli Parlimen. Di sini pentingnya supaya suara dan isu-isu Orang Asli dapat diutarakan.

“Jentera parti perlu bekerja keras supaya pengundi keluar beramai-ramai nanti dan beri undi kepada BN. Kerusi ini kerusi tradisi kita maka mahu tak mahu kita perlu bertungkus lumus mempertahankannya,” katanya. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.