Video: 14 Tahun Diburu, Bos Yakuza Akhirnya Tumpas

BANGKOK – Bekas bos Yakuza Jepun yang menjadi buruan selama 14 tahun akhirnya ditangkap di Thailand.

Dia ditangkap kerana gambar tatu di tubuhnya yang dimuat naik oleh seorang warganegara dan menjadi tular.

Shigeharu Shirai (72) ditahan unit Thai khas ketika membeli-belah di pasar di Lopburi, Thailand.

Shirai dikehendaki polis Jepun kerana didakwa terlibat dalam tembakan yang berlaku pada tahun 2003.

Dia melarikan diri ke Thailand dan telah berkahwin dengan seorang wanita tempatan di negara itu.

Selama ini dia bersembunyi dia telah menjalani kehidupan yang biasa.

Walau bagaimanapun, persembunyiannya berakhir selepas gambar yang memaparkan tatu di tubuhnya dengan jari kecil yang hilang dimuat naik penduduk tempatan.

Foto itu menjadi tular selepas dikongsikan 10,000 pelayar di media sosial sehingga mendapat perhatian polis Jepun.

Polis Jepun kemudiannya meminta izin pihak berkuasa Thailand untuk mengambil tindakan.

“Suspek mengakui dirinya sebagai ketua kelompok Yakuza, Kodokai,” kata jurucakap polis Thailand, General Wirachai Songmetta.

Shirai dituduh terlibat dalam kes menembak yang membunuh bos kumpulan saingan.

Tujuh lagi anggota Kodokai yang lain telah ditangkap dan dihukum 12-17 tahun penjara.

“Suspek tidak mengaku melakukan pembunuhan walaupun dia mengakui mangsa sering mengganggunya,” kata jurucakap polis.

Polis berkata, suspek ini bersembunyi dan cuba untuk tidak menarik perhatian.

Walau bagaimanapun, dia terus berhubung dengan kumpulannya dan menerima wang 2-3 kali setiap tahun.

Setelah ditahan, diketahui bahawa dia telah tinggal di Thailand secara haram tanpa pasport dan visanya.

Ia menjadikan Shirai dapat diekstradisi untuk menghadapi tuntutan di Jepun pada hari Jumaat (1/12/2010).

Yakuza di Jepun diiktiraf polis dan dianggap perlu untuk mengekalkan ketenteraman di jalanan.

Walau bagaimanapun, kadangkala polis juga menyiasat kes-kes jenayah yang berkaitan dengan kumpulan itu.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.