Tular Gadis Menyanyi Sambil Menangis Di Majlis Kahwin Bekas Kekasih

Datang ke majlis perkahwinan bekas teman lelaki untuk menyanyikan lagu di hari bahagianya adalah perkara yang mustahil untuk dilakukan.

TribunStyle.com melaporkan, menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Sukma Henny, seorang gadis dilihat mendendangkan lagu pada majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Wanita bertudung itu dilihat menyanyikan lagu kahwin sambil menangis.

Pada mulanya sangat sedih dan menyayat hati, tetapi di tengah-tengah lagu, tiba-tiba bekas kekasihnya yang menjadi pengantin pada hari itu datang mendekati gadis tersebut.

Bekas kekasihnya itu dilihat memeluk gadis yang sedang menyanyi

Lelaki itu memeluk erat, sehingga hadirin terpaksa memisahkannya keduanya.

Kelihatan lelaki itu longlai dan hampir pengsan kerana mungkin terkejut dan tidak dapat membendung kesedihannya.

Mungkin juga masih sedih dan menyayangi gadis yang pernah menjadi teman wanitanya itu.

Majlis itu kemudiannya, terpaksa dihentikan sementara untuk memulihkan semangat pengantin itu.

Terdahulu, video itu telah dikongsi 28 ribu perkongsian.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.