Tampar Polis, Ambil Dadah Hanya Lakonan Farid Kamil, Kata Peminat

KUALA LUMPUR – Berita penangkapan pelakon Datuk Farid Kamil kerana menampar seorang anggota polis ketika di bawah pengaruh dadah semalam mencetuskan panik dikalangan ramai peminatnya.

Kebanyakan peminat Farid mengakui terkejut kerana selama ini yakin suami kepada artis terkenal, Datin Diana Danielle itu memiliki imej dan reputasi yang bersih.

Memetik laporan Utusan, ramai peminat pelakon itu percaya penangkapan tersebut hanyalah sebahagian dari lakonan filem terbaru Farid.

“Saya tak percaya. Saya yakin itu hanya lakonan untuk filem baru kan?,” tulis @m_ismail.

“Aku rasa bukan Farid yang gaduh kat balai sebab Farid baik je,” kata fuad_johor92 pula.

Bagi @sania_atkins pula, berita penangkapan itu dianggapnya sekadar khabar angin semata-mata.

“Dah baca. Sungguh ke berita cakap dalam pengaruh dadah lagi tampar polis? Moga hanyalah khabar angin,” katanya.

Seorang netizen menggunakan nama Chuan Samuraiz pula menuduh polis bercakap kasar dengan Farid punca pelakon itu bertindak kasar menampar anggota polis berkenaan.

“Polis ada cakap kasar kot dengan dia tu yang dia mengamuk tu. Jangan dengar sebelah pihak je. Aku kenal sangat Farid Kamil tu camne,” katanya yakin di ruangan komen Facebook Oh Media.

Farid yang baru dianugerahkan gelaran Datuk ditahan di Balai Kota Damansara, Petaling Jaya tengah hari semalam selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di balai berkenaan.

Susulan insiden itu, polis bertindak menahan Farid dan melakukan ujian saringan air kencing kerana mensyaki pelakon itu berkelakuan demikian kerana pengaruh dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, hasil saringan air kencing yang dijalankan mengesahkan Farid positif di bawah pengaruh dadah jenis ganja.

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.

“Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya dipetik dari Utusan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.