“Sandiwara Kelas Pertama” Ditujukan Pada Mahathir ke?…

Sejak kebelakangan ini, tweet yang ditulis oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah mencetuskan banyak persoalan. Tweet itu seolah-olah memberikan bayangan tertentu seolah-olah ditujukan kepada pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad.

““Sandiwara kelas pertama. Kah kah kah,” demikian tulis Azmin dalam akaun Twitternya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Ia ditulis selepas Mahathir diumumkan sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan pada Konvensyen Pakatan Harapan yang diadakan Ahad lepas.


Ramai yang mengaitkan tweet berkenaan dengan kekecewaan Mahathir untuk melawat Anwar Ibrahim yang sedang menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras. Menurut Mahathir beliau hanya perlukan masa seminit untuk berjumpa Anwar.

Mahathir juga menyifatkan Anwar sebagai rakan lama dan rakan seperjuangan yang telah lama berkorban. Apabila tweet Azmin mengenai sandiwara itu timbul, maka banyak spekulasi yang tercetus.

Jadi ramai yang melihat Azmin seolah-olah kecewa kerana Mahathir dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk gabungan tertentu.

Penolakan terhadap Mahathir dilihat begitu ketara apatah lagi beberapa hari lepas, pemimpin PKR Selangor telah menyatakan penolakan mereka terhadap pemilihan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Mereka berpendapat pemilihan Mahathir menggambarkan parti itu tidak mampu menamakan calon sendiri.

Manakala Ketua Wanita Pakatan Harapan,  Zuraida Kamaruddin pula menyarankan Majlis Presiden PH mempertimbangkan supaya alternatif Azmin sebagai calon perdana menteri.

Tindakan Azmin itu juga mencetuskan banyak pertanyaan sedangkan beliau selama ini diketahui menganggap Mahathir sebagai `sifu’ atau ketuanya.

“Dua hari selepas dilantik jadi Menteri Besar Selangor, Azmin berjumpa Dr. Mahathir dulu, bukan Anwar, bermakna sifu dia ialah Dr. Mahathir.

“Tetapi hari ni dia tidak begitu ok dengan Dr. Mahathir, (mungkin) dia berangan mahu menjadi PM, tetapi tiba-tiba Dr. Mahathir pula yang dilantik, mungkin dia rasa kecewa agaknya. Tetapi apa-apa pun kena tanya Azmin,” kata Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar ketika mengulas mengenai sandiwara terbabit.

Sebelum ini Azmin menerusi akaun Twitter miliknya mengkritik mana-mana pihak yang mempersenda serta menfitnah mutfi atas kepentingan politik.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu yang menjadi sasaran kritikannya itu, kenyataan Azmin tersebut dibuat beberapa jam selepas Mahathir dilapor menyalahkan golongan mufti ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.