Mukhriz Akui Bercita-Cita Jadi Perdana Menteri

Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya mengakui mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Katanya, ianya adalah lumrah setiap orang politik untuk menduduki pangkat tertinggi didalam pentadbiran negara.

“Semua orang yang menyertai politik mempunyai cita-cita untuk menduduki jawatan tertinggi, iaitu jawatan perdana menteri,” kata dipetik kenyataan saksi kepada mahkamah dalam samannya terhadap bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

“Tetapi niatnya mestilah ikhlas kerana sebagai perdana menteri, beliau harus memikul tanggungjawab besar.”

Mukhriz memfailkan saman fitnah keatas Tunku Aziz berikutan kenyataan bekas ahli DAP itu menuduh anak Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkomplot untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Bekas Menteri Besar Kedah itu menuntut ganti rugi teladan selain permohonan maaf daripada Tunku Aziz.

Perbicaraan akan bersambung pada 18 Januaru ini.

Mukhriz menafikan dakwaan berkenaan sambil menambah Pakatan Harapan sudah mengesahkan Dr Mahathir adalah calon perdana menteri pilihan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya digulingkan.

“Dimana Tunku Aziz mendapat maklumat bahawa saya dan Kit Siang akan jadi bakal perdana menteri dan timbalan?” soalnya.

Tunku Aziz sebelum ini mendakwa, Dr Mahathir berpakat bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menjayakan agenda menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri sementara Kit Siang akan menggalas tugas sebagai timbalan.

Beliau mengakui berani membuat kenyataan secara terbuka berikutan maklumat yang diperolehinya tidak boleh disangsikan bahawa Dr Mahathir dan Kit Siang telah membuat pakatan rahsia untuk menjayakan agenda berkenaan. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.