Lelaki Melompat Tiba- Tiba Muncul

BELFAST, Ireland – Seorang lelaki yang merakam gambar pemandangan di sini terkejut besar apabila mendapati di dalam gambar berkenaan terdapat seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Menurut laporan Agensi, petik Kosmo, Gavin Best, 43, pada ketika itu sedang berjalan bersama rakannya sehari menjelang sambutan Tahun Baru sebelum berhenti seketika untuk merakam gambar pemandangan tersebut.


“Apabila melihat gambar selepas rakaman menggunakan telefon bimbit, saya tidak sedar apa terkandung di dalamnya. Beberapa hari kemudian, saya memeriksa semula gambar itu menggunakan komputer riba sebelum menjumpai satu objek pelik di dalamnya,” katanya.

Best tidak menyangka merakam gambar aksi individu melompat ke udara dan dipercayai daripada satu sesi fotografi lain yang berjalan serentak di kawasan berkenaan.

Dia kemudian berkongsi gambar itu di Twitter yang mendapat perhatian penggunaan internet dengan lebih 1,200 Like.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.