Video: Exco Kata Sudah Bayar, Lim Guan Kata Belum. Siapa Yang Bohong?

Kontroversi projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang memasuki fasa baharu selepas percanggahan maklumat pembayaran oleh kerajaan negeri sendiri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri membuat sebarang pembayaran kepada syarikat pemaju yang dilantik menjalankan projek berkenaan bagi membuat kajian kebolehlaksanaan menjalankan terowong tesebut.

“Kami hanya memindahkan dua bidang tanah dengan nilai pembangunan RM1,300 kaki persegi bagi tanah berkeluasan 3.7 ekar yang berjumlah RM208 juta,” katanya dalam sidang media semalam.

Tegas beliau, pindahan hak milik tanah itu adalah bagi menjalankan kerja membina tiga lebuhraya, bukannya untuk membina projek terowong tersebut.

Namun, pengakuan Guan Eng ini telah bercanggah dengan kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bertarikh 19 Mac 2017.

Hock Seng berkata, sebanyak RM216.9 juta sudah dibayar kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek berkenaan.

“Jumlah bayaran kepada semua pihak yang terlibat dalam projek jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang sehingga kini adalah RM216,987,410,” katanya.

Sekali lagi, Hock Seng mengulangi pembayaran sudah dibuat didalam jawapan bertulis bagi pihak Ketua Menteri menjawab pertanyaan ADUN Betong, Datuk Muhamad Farid Saad berhubung kaedah pembayaran Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

“Kos bagi Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci bagi Projek Jalan-Jalan utama adalah RM208 juta. Bayaran dibuat kepada pihak syarikat adalah mengikut pencapaian kemajuan kerja (milestones) yang telah dijalankan.

“Kajian ini telah disiapkan pada Mei 2015 dan bagi tujan bayaran ke atas penyiapan kajian ini, tanah yang telah dikenalpasti dan diberimilik kepada pihak syarikat adalah Lot 702, Seksyen 1, Bandar Sri Tanjung Pinang seluas 3.67 ekar dan sebahagian Lot 713, Seksyen 1, Bandar Sri Tanjung Pinang seluas 2 ekar.

“Lot 802 telah diberimilik kepada pihak kontraktor pada 17 Februari 2015 dengan nilai RM135 juta. Manakala, sebahagian Lot 713 seluas 2 ekar telah diberimilik pada 22 Mac 2017 dengan nilai RM73 juta, menjadikan jumlah kedua-dua lot tanah ini sebanyak RM208 juta berdasarkan perkiraan keluasan bersih tanah yang boleh dibangunkan (net developable area),” kata Hock Seng.

Penganalisis politik/ blogger, Lim Sian See mengulas, beliau keliru dengan percanggahan maklumat antara kedua-dua wakil kerajaan negeri ini.

“Guan Eng kata tiada satu sen telah dibayar mahupun dalam cash ataupun dalam apa-apa bentuk kepada kontraktor Terowong P.Pinang. Dia kata tiada songlap.

“Tetapi, EXCO P.Pinang Lim Hock Seng jawab dalam DUN bahawa RM209 juta sudah dibayar dalam bentuk tanah kepada kontraktor untuk kos laporan?

“Eh? Siapa yang tipu ini?” soalnya. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.