Bulu Mata LED Jepun Tanpa Kabel Buat Mata Bersinar

TOKYO – Sebuah kajian oleh profesor Doshi dan kakitangannya Tsuyoshi Nishibashi dari Universiti Ritsumeikan Jepun mendedahkan bulu mata LED (Light-emitting diode) yang boleh menyala tanpa wayar (wayarles) membuat mata bersinar.

“Sekiranya terdapat bulu mata yang memakai dawai supaya ia menyala, bulu mata kami ini kelihatan tanpa wayar dan menyala selepas bunyi ,” kata profesor Doshi dari universiti Ritsumeikan

Sensei cuba terus mengembangkan kerjasama penemuan ini dengan syarikat-syarikat kosmetik utama Jepun untuk menjadi komersial kemudian.

Bulu mata palsu ini juga menggunakan antena 3cm panjangnya untuk memantau gelombang elektrik terpancar dari muzik yang terpantau lalu mengubah arus jadi lampu LED warna hijau.

Lampu LED berkelip dengan bunyi lagu. Dengan lagu disko contohnya, kedipan lampu akan sering seiring dengan pekikan isyarat lagu disko tersebut.

Sebagai tambahan untuk terus berkembang, sensei juga mahu mengkomersialkan ciptaannya sambil mengekalkan keselamatan dan kemudahan penggunanya, tambahnya.

Seorang pelajar lelaki siswazah yang mengambil bahagian dalam rekaan  tersebut berkata, “Saya mencipta sambil merujuk pada pendapat pelajar perempuan dan mempunyai masa yang sukar untuk membuat antena lebih kecil pada masa ini , “jelasnya.

Belum diketahui kesan gelombang elektrik dari LED tersebut terhadap bahagian kelopak mata di mana dipasangkan pada bulu mata palsu tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.