‘Buat Ujian Dekat Polis Juga..’ – Fathia

Isu Farid Kamil didakwa mengamuk dan menyerang anggota polis dan dua orang awam di Balai Polis Kota Damansara, semalam turut mendapat pandangan dari artis tempatan.

Tidak ketinggalan memberi komen adalah aktres sensasi Fathia Latiff. Fathia menerusi tweetnya mengatakan tindakan Farid itu berpunca dari kemarahan dan ganja tidak wajar dipersalahkan.

Tambah panas, dia juga meminta polis yang mendakwa diserang untuk diuji kandungan air kencingnya.

“Farid kamil is angry. Do not blame the weed. Check out the polis if they are positive as well,”tulisnya.

Rata-rata netizen menyifatkan status fathia sebagai tidak cerdik.

Sementara itu, Pelakon dan pengarah, Khir Rahman meluahkan sokongannya kepada Farid dan menyifatkan pelakon berkenaan dan isterinya adalah orang yang baik. Kedua-dua mereka pernah berlakon di bawah arahan Khir sebelum ini.

Dalam pada itu, pelakon berkarakter Beto Kusyairy juga memuatnaik tweet yang memberi gambaran seolah ditujukan buat Farid.

Dia berharap segalanya dipermudahkan bagi aktor Tombiruo itu setelah pelbagai kecaman dan perlian diterima Farid di media sosial sejak semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.