“Beri Kami Masa Siasat!”- Zed Zaidi

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, kes yang terjadi ke atas Datuk Farid Kamil perlu disiasat secara terperinci sebelum mengambil sebarang tindakan. Lebih merumitkan apabila hal ini membabitkan anggota polis.

Jelasnya, kejadian yang berlaku terhadap Farid tidak boleh diambil tindakan secara terburu-buru kerana melibatkan kecederaan pada anggota polis. Malah perkara ini perlu diambil kira dari pelbagai sudut.

“Beri kami masa untuk membuat siasatan lanjut atas apa yang berlaku. Kami tidak boleh terburu-buru ambil sebarang tindakan. Dalam perkara ini”

“Kami perlu mendapat maklumat daripada semua sudut kerana ia membabitkan polis. Seniman akan cuba membantu apa yang perlu untuk Farid sebaik saja selepas kami mendapat hasil laporan siasatan dilakukan,” katanya kepada Harian Metro mengenai kejadian menimpa Farid, petik laporan sebuah portal

Terdahulu, Farid didakwa menyerang polis tanpa provokasi daripada mana-mana pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.